Dijadikan Kamu Untukku

Engkau Muslimah

Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah tak tentu arah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Lihatlah, apa yang tiada dalam Syurga?
Namun Adam tetap rindukan Hawa. 

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh pemilik tulang rusuknya.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. 
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, 

Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya.
Jangan coba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hibur mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin menderita.
Kenalkan mereka kepada Allah, dzat yang kekal.
Di situlah puncak kekuatan dunia

Akal setipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan
Ia bukan diskriminasi Allah… sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus
Bahkan akan semakin membengkok
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya

Bila wanita menjadi durhaka… pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata
Tapi binalah kepemimpinan
Pastikan sebelum wanita menuju illahi, pimpinlah diri kepadanya
Jinakkan diri kepada Allah
Niscaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra’
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

...
..
.

Comments

Popular posts from this blog

Terimakasih Bekalnya

Kenapa Saya Memilih Blogger? Ini 6 Alasannya Menurut Saya

Diklat Teknisi Bengkel Bangunan Tahun 2017